Friday, February 19, 2010

new topik, musibah melanda

hmmmmm lama sangat ira tak update blog ni ahah ape leh wat busy semacam macam perdana menteri jew.eheheh. ok topik yang ira nak kongsi ngan semua ialah berdasarkan tajuk di atas. hmmmmmm benda ni macam dah jadi kebiasaan kita je. setengah orang buat donno je. setengah orang tahan diri. ade setengah tu sampai meraung terus. ahahahah tapi antara semua tu rasenye mane yang paling teruk rasenye? sebenarnye yang mana-mana pown tak teruk pown sebab itu menandakan sekuat mana mental kita, sekuat mana hati kita, sekuat mana iman kita untuk menghadapi cabaran yang mendatang. tapi kalau begitu tak semestinya kita buat tak tahu pasal itu. atau pown meraung mengalirkan air mata darah. semuanya tidak berguna. sebab apa yang di tanam itulah di tuai. mcm pokok betik tanam benih betik takkan lah berbuah padi. macam tu jugak usaha kita. takkan usaha stakat salin nota. copy kerja orang nak dapat 20 A 1. tak logik la kan. jadi ape yang perlu kita buat ialah muhasabah kembali diri. perbaiki kelemahan diri. tapi sesetengah orang kate tak payah nak hipokrit (btol ke ejaan) pura-pura contoh macam someone yang tak bertudung pakai tudung. labuh takat lutut pulak tu. ye la memang la kita tak perlu ikut perbuatan orang lain. just be your self. tapi perkataan itu cuma ade masa yang sesuai di gunakan bukan setiap masa. ada masa tertentu sahaja. kalau asyik guna je perkataan tu bile kita nak ubah perangai, bile nak berhijrah dari yang tidak baik kepada yang baik dan kepada yang baik kepada yang lebih baik?kadang-kadang kita kene fikirkan sesuatu tu open-minded sikit. takkan lah sebab orang kata orang cakap semua bende kita nak ikut. sebab kadang-kadang orang yang tegur kita tu bukan betul sangat. tapi ini tidak bermakna kita tidak perlu mendengar nasihat orang yang lebih rendah darjat nya dengan kita. kerana tak semestinya kalau yang rendah darjatnya itu bodoh dan yang tinggi darjat nya itu pandai dan semua yang di cakap adalah fakta dan kejituannya sangat sahih. berbalik kepada cerita tadi. rasa-rasanyakan korang tergolong dalam kategori yang mana satu. jenis yang buat donno.terus meraung atau terus menerima kenyataan?? kalau anda jenis yang buat donno je cuba anda fikirkan balik. adakah apa yang anda lakukan itu betul atau salah. kadang-kadang manusia ni simpan je nak nangis ke nak makan ke semua nak simpan. kadang-kadang menangis itu lebih baik dari berdiam diri. tapi tak perlu la terlalu berlebih-lebihan. ira sniri pown jenis yang sensitif mudah mengalirkan air mata. tapi setengah orang rasa macam orang yang suka nangis tu gedik la itu lah ini lah. kadang-kadang orang yang cepat nangis kuat nangis ni lebih kuat dari diri kita. sapa tahu. sebab sesetengah orang dia akan lebih lega selepas menangis. terasa macam air mata yang di alirkan itu terlalu berat sehingga perlu dibuang. jadi kesimpulannya disini ialah tak perlu terlalu memikirkan masalah yang dihadapi dan jangan terlalu buat donno je mengenai itu kerana kesesalan akan datang tidak lama selepas itu. itu je yang ira rasa dapat di kongsi kan dalam masa terdekat ni. salam alaik semua ilal liqa =)

3 comments:

buDak-SyoK-SeNDiRi said...

betul3...hehe^^

Unknown said...

haiii hazie
ko nie memang leh jdi penulis la
haha

neway...nice opinion
aku tergolong dlm 3 kategori, sumenyer...

ira said...

ahahahahah ye kew rafy x de makna nyew. juz taip mengikut kate hati ni. owh golongan ketiga erk. ok2 nnti aku try perhati kan ko ahahah

cAhAyA cInTa= UnIc