Wednesday, December 30, 2009

CPTTTT BACEEE IGTTT JGN TINGGAL SOLAT YA

SOLAT AKHIR WAKTU!!! Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita... yea .... Jika berpuasa Amalan kita direct terus padaNya Tapi Jika bersembahyang Ada posmen pula Untuk hantar amalan kita padaNya Kisahnya ?.. Setiap kita ada malaikat Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi Untuk sampaikan amalan kita Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit Dimana setiap penjaga tol, Kroni malaikat juga Jika sembahyang di awal waktu Tolnya "free" Sekatan tol tiada Tiada "jem" Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan Untuk dinilaikan Tapi...!!! Jika sembahyang di akhir waktu Tol free juga Tapi sekatannya MasyaAllah?. Di langit pertama, Penjaga tol marahkan posmen kita Kenapa lewat poskan amalan kita Merayu-rayu posmen malaikat kita Minta diberi
0:59 12/31 laluan Tetapi? penjaga langit pertama Tidak heran Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi Maka.. Jatuh berderai? Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita Satu persatu dikutip Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua Dilangit kedua, Samalah juga, Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan Merayu lagi kawan kita Tak dipedulinya Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi Jatuh berderai lagi.. Dikutip satu persatu amalan kita Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan Dilangit ketiga, La?. Kena basuh lagi malaikat posmen kita Kenapa lewat hantar amalan tersebut Tiada kompromi Terus dibaling amalan kita Jatuh berderai amalan kita Tak ade nilai?. Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi Maka.. Tak sampailah amalan kita kepada Allah S
1:00 12/31 eolah-ol ah kita tak sembahyang juga Maka? Bersedialah kita menerima pembalasannya Tak di dunia di akhirat pula Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak, Ujian bertimpa-timpa Ish?. Tak berbaloikan kita buat amal Tapi tak sampai Dahlah tu Tak de nilai Kena azab lagi nanti Ya Allah !!! Ampunkan kami ! Kerana lalai ! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan Biarlah kami gawat di dunia Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak. Amin.......

Tuesday, December 8, 2009

kisah harianku untuk hari ini

Fuh memang dah lama sangat aku tak updated kat blog ni. tapi tak pe sebab tak ramai yang bace jadi memang betul-betul seronok dan bersyukur sebab ade yang membaca. seperti yang aku kata sebagai tajuk utama memang hari ni bagi aku penuh bermakna tapi kenapa pula ?? sebenar nya seharian aku ade aktiviti dan ade banyak kejadian yang tidak di rancang tetapi terjadi tapi ape boleh buat dah memang takdir. hmmmmm awal-awal pagi dalam pukul 6.30-6.50 aku bangun dari terus melayar ke alam mimpi dan berlabuh buat seketika kemudian kehidupan sebenar bermula dari situ. ok citer dia macam ni dalam pukul 9 lebeh aku ikut kawan ku yang mana mempunyai dua buah kedai untuk satu kegunaan iaitu kedai kek (KALAU SESAPA YANG NAK TEMPAH KEK BOLEH LA DATANG KE KEDAI NORAINI BERHAMPIRAN DENGAN ARENA SQUARE) lepas tu aku cuma tolong macam biasa je tolong packing barang macam tu je. lepas tu sampai2 aku duduk kat kauter sekejap tapi tanpa disedari lutut aku terkena cermin pada meja kaunter. (waktu tu aku dah gelabah dah) pastu nasib baik tak sampai berkecai retak sikit je la. huhhh nasib baik tapi sebab aku takut sangat dan kawan-kawan aku sangat memahami aku (my true friends tasneem n fateha rakan seperjuangan sejak kecil lagi) lepas tu tak pe la. then it`s time form us to take a ride home. petang nye pulak dalam pukul 4.30 (ahahah rehat x sampai 3 jam sebab aku sampai rumah pukul 3 lebih) aku pun ajak anim keluar huhuhu kami nak main CS (CS betul2 (I mean perang) ahahahahah tapi memang ramai cakap ko perempuan tak sesuai main macam ni. habis aku nak main apa?? main batu seremban? diowang (kawan2 lain) kata macam budak kecik. main tu tak boleh main ini tak boleh. tapi kalau diorang buat apa? terperap dalam rumah pegang H/P SMS pastu tambah kredit (nak tanye sikit bermanfaat ke macam tu?)huhuhuh jadi kami terus pergi ke sebuah kedai kat kampung cina nak beli peluru dan pistol baru. tapi tak sampai lagi setengah jalan sedara kawan aku pegi brek basikal mengejut yang aku nih tayar bape CM je dari tayar blakang kawan aku tuh accident la tapi nasib baik la kami sempat lompat sebelum kene hempap dengan basikal (dah la basikal aku berat) tapi nak tau penyebabnya ape? ade seekor anjing badan dia besar la jugak (kira nye macam garang jugak la kelihatan seperti keluarga sepup0u belah nenek buldog rasa nya) ahahaahah.huhuhuhu kemudian kami patah la balik ke jalan utama lepas tu aku terpaksa (memang setiap kali pun) berada di barisan paling hadapan huhuhu bukan kata nak tunjuk berani tapi masalah nye dah nak dekat sampai kat kedai tu aku pun ape lagi just bawa jela basikal macam biasa sebab nanti kalau bawak laju-laju anjing kejar (jangan oooo anjing training tuhh) then sampai la kitaorang dekat kedai tu. lepas dah beli pistol peluru ape semua tu. kami nak balik ikut jalan yang sama tapi masalah nye ade rintangan yang baru menghalang pengembaraan kami untuk sampai di medan peperangan menentang terorist (ahahah cewah ayat) ade la pulak dua ekor anjing (masyaALlah besaq-besaq) tengah tergolek2 main sama-sama. waktu tu dah risau sangat sebab antara jalan yang paling selamat hanya jalan yang kami lalui tu kalau ikut jalan lain memang sah-sah la kurus aku waktu tu jugak kene kejo memang ramai beb. lepas tu kami tunggu ada la dalam 15 minit gitu (buang masa gitu saje) memang la banyak anjing dah nama pun kampung cina tak kan banyak buaya kot? lepas tu kami ternampak sorang budak cina tu lalu tepi anjing tu selambe dek je (memang la sebab mereka dah biasa dengan situasi macam tu) kemudian kawan aku tu ok asyik tanye keputusan aku je (kalau keputusan aku ko jalan dulu tak pe) jadi kami jalan la sebelah anjing tadi (memang debar la jantung siap bace doa lagi sekali-sekali dengan doa tido tadi pun akubaca) ye la sapa tak takut? maksudnya aku tak takut cume risau kalau di kejar kene gigit? dah la kene samak kaki berlubang nak ke? huhuhuhuh lepas tuh tak pe la kami kayuh balik basikal laju-laju sampai di medan peperangan. tapi belum sempat peperangan di mula kan (bru bru bru ) hujan turun. satu lagi 'tembok dinding' untuk di tempuhi. huhuhuhu untuk kisah selanjutnya dah tak larat nak tulis (aku tulis ke taip nih?) huhuhuhh ok la nanti kalau ade lagi kisah yang aku rasa menarik akan ku kongsikan mana tahu boleh di jadikan bahan rujukan, hiburan atau teladan? sekaran ni pun dah nak dekat pukul 7.50 jadi kene bersiap untuk ke tusyen bersama 2 orang rakan ku (fatin aimi dengan abgang dia) dan sorang lagi ahli baru (aku tak kenal sangat dia ni sebab sedar-sedar dah tusyen skali) kami tusyen berempat je. jadi need to ready for new actions in math this nite see u all next time k bye2 ( sedutan untuk tayangan berikutnya dalam kelompok : motivasi
tajuk: apa maksud matang kepada anda akan saya kongsi kan pendapat saya dengan korang semua lain kali sebab memang dah lama tak puas hati tapi baru sekarang ade kesungguhan untuk menekan satu-persatu huruf yang ada kat keyboard ni panjang-panjang ahahah ok lah papai sume assalamualaikum

Tuesday, December 1, 2009

ahhahahaha aku nak tergelak bile dpt tau ade VC ni kat utube tak sangka la pulak my fave nasyid rupe nyer banyak ragam ahaha (sebenar nye dah berkurun tau) smpai kawan aku kata diowang nie mcm tak serious je. tp yg tak serius tu la jdi best kalau tak tak dapt le kita menghayati menghibur kan hati ke ape2lah patah hati ker (hahaha lebey tu kalau ade pi hospital cepat) ape2 yg berkaitan lah dgn hati ahahahha ok hayati lah VC nie smoga korang terhibur ok ape pown UNIC NOW n FOREVER ahhaahah (ayat je tuh ahah)

Wednesday, November 25, 2009

chit chat di nasyid fm

ntah la seriously cakap ira memang sayang sgt kengkawan yg ada kat situ ira x leh sebut sebab memang ramai sangat. diowang baik sangat ngan ira kita orang dah jadi macam 1 keluarga. tapi kekadang terasa gak ngan diowang tapi jarang la. tapi ntah la kenapa hari nie ira selalu dan epat terasa ngan apa-apa yang orang akap?? kenapa hari nie ira rasa macam terlalu emo dan sensitif kalau skit2 x perk tp nie da lebey2 ni. hmmm ape pown ira harap sangat2 esok atau sekarang ira takkan jadi macam ni balik. apa pun kesalahan yang di lakukan sebesar mana atau sekecil mana pun hidup mesti di terus kan. so apa lagi aja aja fightinggg chaiyok chaiyok

paTaH hAti oLeh SauJana

aq x tau la kenapa tp suke sgt lagu nie memberi impak yg kuat bile dgq lgu nih tp syg nyer tiada di radio n youtube. hanya ada di NF(nasyid fm) boleh ke website www.nasyid.fm untuk mendengar radio secara on9. so dgr kn lah bahagian chorus dia kat sebelahhh atau kat bawah nie pown leh gak


preview patah hati - saujana

PATAH HATI

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA

PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI

BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG

LAGU: HAFIZ HAMIDUN
LIRIK: FEDTRI YAHYA

p/s sume lagu hafiz hamidun semua nye sedap2 huhu aq mmg ske sume lgu dia.

Friday, November 20, 2009

hAdIs sAhIh rIwAyaT wAhAb bIn MunAbBiH

Wahab Bin Munabbih Berkata: " Saya Telah Menemukan Dalam
Kitab Taurat Empat Baris Ayat Berturut-Turut: (1) Siapa Yang Membaca
Kitab Allah Lalu Dia Mengira Tidak Akan Diampunkan, Maka Dia Termasuk Orang
Yang Mengejek (Meremehkan) Ayat-Ayat Allah. (2) Siapa Yang Mengeluh Kerana
Menghadapi Musibah Yang Menimpa PadaNya, Maka Bererti Dia Mengeluhkan
Tuhannya. (3) Siapa Yang Sedih Kerana Apa Yang Terlepas Atau Tidak
Dicapainya Maka Dia Bererti Membenci Putusan Tuhannya. (4) Siapa
Yang Tawaduk (Merendahkan Diri) Pada Orang Kaya,
Kerana Kekayaannya Maka Bererti Telah Hilang
Dua Pertiga Agamanya (Keyakinannya)."

Sunday, November 15, 2009

cahaya cinta

Desiran angin yang bertiup
Membawa bersama khabaran rindu
Membisikkan kata-kata
Menjelmakan cintaku padanya

Cintamu tulus setia
Kasihmu tiada tara
Bertakhta buat selamanya

Di tugu kasih dan sayang
Kau ukirkan keimanan
Moga bertemu keredhaan

Gemilang cahaya cinta
Kemilau pancawarnanya
Bagaikan kejora
Kudus sinarannya mendamai jiwa

Apakah kan ku temui
Insan semulia pekerti
Setandingmu kasih
Di alam semesta yang fana ini

Ku serahkan kepada Tuhan
Sebuah harapan bernama doa
Membisikkan kata-kata
Menjelmakan rinduku padanya
Kepadanya...

Semoga kan menyala api cinta setia
Terus membara selamanya

Cahaya cinta kekasih Allah
Sinarannya buat semua

langkah tercipta

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan.

Mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

ALLAH..
inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,

Haruskah aku mengalah,
namun hati kuberbisik,
inilah dugaan.

Dan mataku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),

Tak dilontarkannya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

ALLAH..
pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku.

Kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
PadaMU ku meminta.

Daku mohon agung kudratMU,
Wahai Tuhan yang Satu,
Segalanya dariMU.

Saturday, November 14, 2009

kenapa kita selalu fikir kita orang paling malang dalam dunia?

ntah la kenapa. selalunya klau seseorang itu di timpa musibah mesti kita ckp (x semesti nya) tp kebiasaanya kita akan cakap.`aq lah org paling malang dlm dunia`. sedang kan, kita baru di timpa musibah yg kecil. tp pada diri kita ia nya sgt susah n membeban kn. klau kita lihat dari sudut positif kn, ada satu hadis menyata kn yg ALLAH tidak akan menguji hamba2nya melebihi apa yg dimampunya. oleh itu, klau la kita tetiba rse mcm YA ALLAH kenapa Kau bagi aq ujian yg tak boleh aq hadapi?? yg tidak kuat untuk aq tempuhi?? ini tak betol sama sekali kerana apa??kerana klau kita rasa diri kita ini sedang menempuhi ujian yg sangat bear(konon nya mcm krisis negara la katekan) ini bermakna kita adalah orang yg sgt bertuah. kenapa?? kerana kita di uji ALLAH untuk mengetahui sekuat mana diri kita. dan ini bermakna kita adalah seorang yg kuat untuk menempuhi cabaran sekiranya kita di tempuhi dengan pelbagai dugaan. klau sudah di kata kn manusia, atau lebih tepat lgi hamba ALLAH , x da seorang pown yg akan terlepas drpd masalah. kenapa?? kerana itu adalah jalan yg terbaik n jalan yg membantu kita membuka mata dari terus terpesong dalam kegelapan duniawi n mengingati allah serta akhirat. cuba kita fikir sekiranya tiada ujian yg datang dan tiada masalah yg timbul apa akan jadi.??? klau kita kata hidup di dunia aman dan senang sentiasa??? itu adalah jawapan yang sgt sgt sgt salah dan tidak betul. sebetulnya dan sepatutnya kita menyatakan kita akan bosan. kenapa pula bosan kalau tiada ujian atau masalah yg menimpa?? kerana hidup tanpa cabaran membuatkan hidup kita sunyi tanpa arah tujuan. sekiranya hidup sentiasa aman, tenteram harmoni?? apa gunanya dunia ini. dunia ini hanya lah sebagai satu pentas lakonan. dan untuk menguji kekuatan dan ketabahan kita untuk menyelesaikan masalah kehidupan untuk hidup tenang dan bahagia di akhirat kelak. oleh itu kuat kan semangat, tabah kan hati, cekal kn minda. jgn kata tiada siapa yg akan berada di samping kita sekiranya kita berada dalam masalah,. kalau ada siapa??? kawan lah jawapannya. mengapa kawan?? bukan keluarga atau kekasih???kerana sepanjang hidup kita, kita akan menjumpakan kawan. mengapa?? kerana keluarga akan pergi, dan kekasih akan pergi. sesungguhnya teman sejati hidup kita adalah kawan yg selalu mendampingi kita. mengapa saya mengatakan bukan keluarga dan kekasih?? kerana pada waktu kita kecil kita akan di jaga oleh keluarga. dan bila kita besar kita akan berada bersama kekasih dan teman hidup. ketika itu, kita mungkin tidak menyedari sedikit demi sedikit kita berenggang dengan keluarga kita. tetapi. sepanjang hidup kita dari kecik smpai dewasa, sapa yg ada?? waktu kecil kita ada kekasih dan teman hidup?? tiada ketika dewasa?? ada teman hidup,dan kekasih tetapi bukan keluarga asal. tetapi keluarga yang baru hendak di bina. tetapi, dari kecil hingga besar, kita ada rakan. rakan yg baik untuk memimpin hidup kearah kebenaran. mengapa?? kerana ketika kita kecil kita ada rakan. dan ketika kita besar kita ada rakan. dan ketika kita tua kita punya rakan.itu lah kebenaran. oleh itu jangan lah ada sesiapa yg menyatakan. aq tiada kawan. seteruk mana sekali perangai kita sehodoh mana wajah kita sebodoh mana kita pun kita tetap mempunyai rakan. kerana setiap manusia di cipta untuk memimpin dan di pimpin. kalau ada sebarang bercambahan idea atau pendapat yg berlainan, harap dapat di kongsi bersama.

permulaan hidup baru menggunakan blog

ini merupa kan kali kedua membuat blog dan alhamdulilah dah siap dah pown. ntah la maybe kekadang leh publish kowt. paper je lah. paper pown hidup baru sudah bermula

cAhAyA cInTa= UnIc