Wednesday, November 25, 2009

chit chat di nasyid fm

ntah la seriously cakap ira memang sayang sgt kengkawan yg ada kat situ ira x leh sebut sebab memang ramai sangat. diowang baik sangat ngan ira kita orang dah jadi macam 1 keluarga. tapi kekadang terasa gak ngan diowang tapi jarang la. tapi ntah la kenapa hari nie ira selalu dan epat terasa ngan apa-apa yang orang akap?? kenapa hari nie ira rasa macam terlalu emo dan sensitif kalau skit2 x perk tp nie da lebey2 ni. hmmm ape pown ira harap sangat2 esok atau sekarang ira takkan jadi macam ni balik. apa pun kesalahan yang di lakukan sebesar mana atau sekecil mana pun hidup mesti di terus kan. so apa lagi aja aja fightinggg chaiyok chaiyok

paTaH hAti oLeh SauJana

aq x tau la kenapa tp suke sgt lagu nie memberi impak yg kuat bile dgq lgu nih tp syg nyer tiada di radio n youtube. hanya ada di NF(nasyid fm) boleh ke website www.nasyid.fm untuk mendengar radio secara on9. so dgr kn lah bahagian chorus dia kat sebelahhh atau kat bawah nie pown leh gak


preview patah hati - saujana

PATAH HATI

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA

PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI

BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG

LAGU: HAFIZ HAMIDUN
LIRIK: FEDTRI YAHYA

p/s sume lagu hafiz hamidun semua nye sedap2 huhu aq mmg ske sume lgu dia.

Friday, November 20, 2009

hAdIs sAhIh rIwAyaT wAhAb bIn MunAbBiH

Wahab Bin Munabbih Berkata: " Saya Telah Menemukan Dalam
Kitab Taurat Empat Baris Ayat Berturut-Turut: (1) Siapa Yang Membaca
Kitab Allah Lalu Dia Mengira Tidak Akan Diampunkan, Maka Dia Termasuk Orang
Yang Mengejek (Meremehkan) Ayat-Ayat Allah. (2) Siapa Yang Mengeluh Kerana
Menghadapi Musibah Yang Menimpa PadaNya, Maka Bererti Dia Mengeluhkan
Tuhannya. (3) Siapa Yang Sedih Kerana Apa Yang Terlepas Atau Tidak
Dicapainya Maka Dia Bererti Membenci Putusan Tuhannya. (4) Siapa
Yang Tawaduk (Merendahkan Diri) Pada Orang Kaya,
Kerana Kekayaannya Maka Bererti Telah Hilang
Dua Pertiga Agamanya (Keyakinannya)."

Sunday, November 15, 2009

cahaya cinta

Desiran angin yang bertiup
Membawa bersama khabaran rindu
Membisikkan kata-kata
Menjelmakan cintaku padanya

Cintamu tulus setia
Kasihmu tiada tara
Bertakhta buat selamanya

Di tugu kasih dan sayang
Kau ukirkan keimanan
Moga bertemu keredhaan

Gemilang cahaya cinta
Kemilau pancawarnanya
Bagaikan kejora
Kudus sinarannya mendamai jiwa

Apakah kan ku temui
Insan semulia pekerti
Setandingmu kasih
Di alam semesta yang fana ini

Ku serahkan kepada Tuhan
Sebuah harapan bernama doa
Membisikkan kata-kata
Menjelmakan rinduku padanya
Kepadanya...

Semoga kan menyala api cinta setia
Terus membara selamanya

Cahaya cinta kekasih Allah
Sinarannya buat semua

langkah tercipta

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan.

Mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

ALLAH..
inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,

Haruskah aku mengalah,
namun hati kuberbisik,
inilah dugaan.

Dan mataku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),

Tak dilontarkannya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

ALLAH..
pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku.

Kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
PadaMU ku meminta.

Daku mohon agung kudratMU,
Wahai Tuhan yang Satu,
Segalanya dariMU.

Saturday, November 14, 2009

kenapa kita selalu fikir kita orang paling malang dalam dunia?

ntah la kenapa. selalunya klau seseorang itu di timpa musibah mesti kita ckp (x semesti nya) tp kebiasaanya kita akan cakap.`aq lah org paling malang dlm dunia`. sedang kan, kita baru di timpa musibah yg kecil. tp pada diri kita ia nya sgt susah n membeban kn. klau kita lihat dari sudut positif kn, ada satu hadis menyata kn yg ALLAH tidak akan menguji hamba2nya melebihi apa yg dimampunya. oleh itu, klau la kita tetiba rse mcm YA ALLAH kenapa Kau bagi aq ujian yg tak boleh aq hadapi?? yg tidak kuat untuk aq tempuhi?? ini tak betol sama sekali kerana apa??kerana klau kita rasa diri kita ini sedang menempuhi ujian yg sangat bear(konon nya mcm krisis negara la katekan) ini bermakna kita adalah orang yg sgt bertuah. kenapa?? kerana kita di uji ALLAH untuk mengetahui sekuat mana diri kita. dan ini bermakna kita adalah seorang yg kuat untuk menempuhi cabaran sekiranya kita di tempuhi dengan pelbagai dugaan. klau sudah di kata kn manusia, atau lebih tepat lgi hamba ALLAH , x da seorang pown yg akan terlepas drpd masalah. kenapa?? kerana itu adalah jalan yg terbaik n jalan yg membantu kita membuka mata dari terus terpesong dalam kegelapan duniawi n mengingati allah serta akhirat. cuba kita fikir sekiranya tiada ujian yg datang dan tiada masalah yg timbul apa akan jadi.??? klau kita kata hidup di dunia aman dan senang sentiasa??? itu adalah jawapan yang sgt sgt sgt salah dan tidak betul. sebetulnya dan sepatutnya kita menyatakan kita akan bosan. kenapa pula bosan kalau tiada ujian atau masalah yg menimpa?? kerana hidup tanpa cabaran membuatkan hidup kita sunyi tanpa arah tujuan. sekiranya hidup sentiasa aman, tenteram harmoni?? apa gunanya dunia ini. dunia ini hanya lah sebagai satu pentas lakonan. dan untuk menguji kekuatan dan ketabahan kita untuk menyelesaikan masalah kehidupan untuk hidup tenang dan bahagia di akhirat kelak. oleh itu kuat kan semangat, tabah kan hati, cekal kn minda. jgn kata tiada siapa yg akan berada di samping kita sekiranya kita berada dalam masalah,. kalau ada siapa??? kawan lah jawapannya. mengapa kawan?? bukan keluarga atau kekasih???kerana sepanjang hidup kita, kita akan menjumpakan kawan. mengapa?? kerana keluarga akan pergi, dan kekasih akan pergi. sesungguhnya teman sejati hidup kita adalah kawan yg selalu mendampingi kita. mengapa saya mengatakan bukan keluarga dan kekasih?? kerana pada waktu kita kecil kita akan di jaga oleh keluarga. dan bila kita besar kita akan berada bersama kekasih dan teman hidup. ketika itu, kita mungkin tidak menyedari sedikit demi sedikit kita berenggang dengan keluarga kita. tetapi. sepanjang hidup kita dari kecik smpai dewasa, sapa yg ada?? waktu kecil kita ada kekasih dan teman hidup?? tiada ketika dewasa?? ada teman hidup,dan kekasih tetapi bukan keluarga asal. tetapi keluarga yang baru hendak di bina. tetapi, dari kecil hingga besar, kita ada rakan. rakan yg baik untuk memimpin hidup kearah kebenaran. mengapa?? kerana ketika kita kecil kita ada rakan. dan ketika kita besar kita ada rakan. dan ketika kita tua kita punya rakan.itu lah kebenaran. oleh itu jangan lah ada sesiapa yg menyatakan. aq tiada kawan. seteruk mana sekali perangai kita sehodoh mana wajah kita sebodoh mana kita pun kita tetap mempunyai rakan. kerana setiap manusia di cipta untuk memimpin dan di pimpin. kalau ada sebarang bercambahan idea atau pendapat yg berlainan, harap dapat di kongsi bersama.

permulaan hidup baru menggunakan blog

ini merupa kan kali kedua membuat blog dan alhamdulilah dah siap dah pown. ntah la maybe kekadang leh publish kowt. paper je lah. paper pown hidup baru sudah bermula

cAhAyA cInTa= UnIc