Sunday, February 21, 2010

montaj hari sukan

ahahahahah untuk pengetahuan semua kebetulan ira tetiba rajin je kebelakangan ni so i had prepard a montaj sorry 2 montaj for all my friends. enjoy watching thank you

Saturday, February 20, 2010

menghadapi kenyataan

haaaaa tetiba lak minat minggu ni rse rajin semacam je. so kali ni ira nak dan teringin sangat berkongsi tajuk di atas. berdasarkan firasat ira sebagai hamba yang lemah. memang kadang-kadang susah sangat nak terima hakikat dan terima kenyataan. mesti kita semua kadang-kadang tak dapat ape yang kita ingin sangat. atau pun gagal dalam ape yang di rasakan penting ataupun juga kehilangan sesuatu atau seseorang yang amat di sayangi. tapi pelik jugak sebab kadang-kadang kita sendiri yang menyebabkan kita menjadi sedih. contohnya? antaranya ialah pasang ramai sangat pasangan.atau bertukar-tukar. couple ngan die ni die ni mintak putus lepas 4 bulan ngan orang lain pulak lepas 3 minggu putus sampaikan ade yang putus couple tak sampai satu hari (pemerhatian ira harap tiada yang terguris ini hanya pandangan)ok la. seterusnya apa korang agak akan terjadi? kebanyakannya menangis. itu yang ira nampak. ira sendiri pown selalu jugak begitu sebab ira jenis yang cepat menitiskan air mata. cuma terfikir sesuatu. air mata sangat berharga kenapa kita senang menitiskannya? jawapannya senang itu fitrah manusia dan itulah tujuan ALLAH mencipta air mata dan selebihnya ialah rahsia ALLAH dan hanya ALLAH yang lebih mengetahui tentang itu.oleh itu kita cuma perlu redha menghadapinya kerana kalau kita tak dapat sesuatu yang kita ingin kan atau pun sesuatu yang kita sayang hilang dari pandangan mata buat sedetik masa atau selama-lamanya hanya ALLAH yang mengetahuinya dan ALLAH sebenarnya sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita. jadi jangan terlalu sedih. jangan terlalu kecewa. sikit-sikit tu kira boleh la jugak ahahahah

Friday, February 19, 2010

new topik, musibah melanda

hmmmmm lama sangat ira tak update blog ni ahah ape leh wat busy semacam macam perdana menteri jew.eheheh. ok topik yang ira nak kongsi ngan semua ialah berdasarkan tajuk di atas. hmmmmmm benda ni macam dah jadi kebiasaan kita je. setengah orang buat donno je. setengah orang tahan diri. ade setengah tu sampai meraung terus. ahahahah tapi antara semua tu rasenye mane yang paling teruk rasenye? sebenarnye yang mana-mana pown tak teruk pown sebab itu menandakan sekuat mana mental kita, sekuat mana hati kita, sekuat mana iman kita untuk menghadapi cabaran yang mendatang. tapi kalau begitu tak semestinya kita buat tak tahu pasal itu. atau pown meraung mengalirkan air mata darah. semuanya tidak berguna. sebab apa yang di tanam itulah di tuai. mcm pokok betik tanam benih betik takkan lah berbuah padi. macam tu jugak usaha kita. takkan usaha stakat salin nota. copy kerja orang nak dapat 20 A 1. tak logik la kan. jadi ape yang perlu kita buat ialah muhasabah kembali diri. perbaiki kelemahan diri. tapi sesetengah orang kate tak payah nak hipokrit (btol ke ejaan) pura-pura contoh macam someone yang tak bertudung pakai tudung. labuh takat lutut pulak tu. ye la memang la kita tak perlu ikut perbuatan orang lain. just be your self. tapi perkataan itu cuma ade masa yang sesuai di gunakan bukan setiap masa. ada masa tertentu sahaja. kalau asyik guna je perkataan tu bile kita nak ubah perangai, bile nak berhijrah dari yang tidak baik kepada yang baik dan kepada yang baik kepada yang lebih baik?kadang-kadang kita kene fikirkan sesuatu tu open-minded sikit. takkan lah sebab orang kata orang cakap semua bende kita nak ikut. sebab kadang-kadang orang yang tegur kita tu bukan betul sangat. tapi ini tidak bermakna kita tidak perlu mendengar nasihat orang yang lebih rendah darjat nya dengan kita. kerana tak semestinya kalau yang rendah darjatnya itu bodoh dan yang tinggi darjat nya itu pandai dan semua yang di cakap adalah fakta dan kejituannya sangat sahih. berbalik kepada cerita tadi. rasa-rasanyakan korang tergolong dalam kategori yang mana satu. jenis yang buat donno.terus meraung atau terus menerima kenyataan?? kalau anda jenis yang buat donno je cuba anda fikirkan balik. adakah apa yang anda lakukan itu betul atau salah. kadang-kadang manusia ni simpan je nak nangis ke nak makan ke semua nak simpan. kadang-kadang menangis itu lebih baik dari berdiam diri. tapi tak perlu la terlalu berlebih-lebihan. ira sniri pown jenis yang sensitif mudah mengalirkan air mata. tapi setengah orang rasa macam orang yang suka nangis tu gedik la itu lah ini lah. kadang-kadang orang yang cepat nangis kuat nangis ni lebih kuat dari diri kita. sapa tahu. sebab sesetengah orang dia akan lebih lega selepas menangis. terasa macam air mata yang di alirkan itu terlalu berat sehingga perlu dibuang. jadi kesimpulannya disini ialah tak perlu terlalu memikirkan masalah yang dihadapi dan jangan terlalu buat donno je mengenai itu kerana kesesalan akan datang tidak lama selepas itu. itu je yang ira rasa dapat di kongsi kan dalam masa terdekat ni. salam alaik semua ilal liqa =)

cAhAyA cInTa= UnIc